Jom ikut Abam naik eco river cruise
BOSAN!! ASYIK-ASYIK NAIK BOT TOUR MELAKA JERR! Dah habis semua tempat di Melaka dijajahi? Asyik-asyik naik boat? Asyik-asyik A Farmosa dan Jonker Street? Dah takde tempat menarik nak jajah dah? Relax kengkawan. Ni Abam Buaya nak kenalkan tempat baru, panas-panas lagi ni. Korang nak tahu ke tak ni? Abam Buaya tahu korang ni jenis tak penyabor! Nah, ECO River Cruise Melaka di Paya Lebar ni aktiviti sama naik dengan nama Abam. Cruise tengok buaya!! Relax kengkawan, Abam Buaya ada. Selagi Abam Buaya ada, buaya-buaya di Payar Lebar semua ikut cakap Abam. Bisa tak Abam Buaya? Hahaha. Selain itu, sambil layan tengok buaya. Korang boleh layan angin sepoi-sepoi dari celahan hutan paya bakau yang tertua di Melaka. Best gila bak ang! Sambil layan paya bakau, ada jugak rasa gementar. Mata Abam asyik tertumpu pada buaya tembaga untuk tunjukkan pada korang. Haaa best tak? Lepas trip layan angin sepoi-sepoi hutan paya bakar & layan sang bedal. Kita pergi jalan layan cara proses mem...